SICOMEL SAYA

Wednesday, 9 September 2015

Kelas Jahitan Membuat Beg Serbaguna di Kolej Komuniti Manjung


pada 5/9/2015 hari sabtu lepas aku berkesempatan join kelas jahitan beg sementara dekat kolej komuniti manjung. alhamdulillah..tercapai gak hajat nak join kelas kt kk manjung. kalau sebelum ni asyik tengok je iklan kelas yang ada kat kk manjung ni. time nak join, ade je halangan. yang bestnye kalau dapat belajar kat kk ni..harganya murah. utk jahit beg ni yurannya rm30 sahaja.


kalau uolll pon berminat nk join kelas yg dianjurkan oleh mana-mana kolej komuniti yg berdekatan dengan uolll..uolll kena selalula update dengan kk tersebut. kalau kk manjung ni, mmg aktif selalu ade je kelas yg dieorg akan buat. macam2 kelas la. antaranya kelas dekat atas tu. kekadang ade kelas makeup, masakan dan sebagainya lah :). so kite kena tgk fb kk manjung supaya tao dieorg offer kelas apa pada minggu tersebut.



1st time sampai sini :). sebelum ni lalu je. kk manjung ni senang je nak cari. die sebelah kamdar manjung. kalau uolllll nk ke tesco ke, giant ke, jusco mst jumpe kk manjung ni dulu.






masuk kelas kat kk manjung teringat lak kat bengkel jahit upsi. guna mesin juki ni la. masa 1st tie guna mesin aku mmg stress sebab laju. sem 1 ade kelas jahitan asas kena guna mesin ni la. aku stress sebab tak dapat kawal mesin ni sampai aku tepon ayah aku nangis-nangis sebab tak pandai jahit :(. kemahiran ni kena selalu praktis. bila dah terer guna mesin industri ni..rasa best plak.hahhaa. nak beli tak mampu lak. guna portable jela. 

lama jugak la aku tak pegang mesin industri ni..bertahun gak la. so, bila p kelas jahit beg ni, mmg kena guna mesin industri. blurrrrrrrrr jugak la aku pasang benang kat mesin ni sebab lama tak penah guna kan. last2 aku suruh cikgu yg pasangkan...hahhaha. tq cikgu


ni la pola beg serbaguna ni. simple je.

time ini cikgu (yg baju merah) tgh tunjuk cara nak bentangkan pola. alhamdulillah..rezki kami haritu sebab dapat kain free. maybe peserta tak ramai kot. 3 org je :). so, cikgu bagi kain kudroi. warna pink lak tu. cantik :)

ni la hasilnya beg serbaguna. actually..beg ni boleh je guna luar dalam. 

salah satu sebab aku suke join kelas kat kk ni sebab dapat sijil. lepas abis je kelas terus dapat sijil. kalau rajin join, banyak la sijil. bole buat koleksi tao...hahahahaha

so far ni je gambar yg ade. cikgu kat kk ade amik gambo tp belum masuk fb lagi. xpe....nanti dah masuk fb, aku tempek sini.

insyaallah...kalau tak de masalah dan ditambah kerajinan, aku akan buat enrti tutorial jahit beg serbaguna. moga dpermudahkan...heheheheh

7 comments:

  1. lepas ni dah boleh keluarkan banyak jenis beg kan

    ReplyDelete
  2. Kolej komuniti sentiasa organize kursus-kursus yang mendatangkan kebaikan dan ada unsur perniagaan, khusus utk warga setempat. Untung dapat join kelas jahitan harga murah macam ni. =)
    P/s: Sha pun salah sorang warga Kolej Komuniti =)

    ReplyDelete
  3. Minat yang sangat kontra dengan Mrs. A hiks!

    ReplyDelete
  4. wahh, menariknyaaa! teringin nak menjahit. masa takde. aiyakk

    ReplyDelete
  5. zizie takde bakat langsung menjahit... kekeke...

    ReplyDelete
  6. Tahniah ~ bertambah la ilmu ye...

    Btw, nanti email kan nama, alamat and no telefon ye... nak kirim sesuatu.. ^_^

    ReplyDelete