SICOMEL SAYA

Tuesday, 22 January 2013

Kuih Sagu

resepi 1
credit kpd : Che CT

Sumber Asal : Mama Kastam MyR
Resepi di olah : Che CT


Bahan-bahan
1 gelas sagu biji kecil
3 gelas air
3/4 gelas gula pasir
Sedikit pewarna merah
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1 sudu kecil garam
1 sudu teh esen rose

Cara-cara:
1. Didihkan air dalam periuk kukus. Balut tutup pengukus dengan tuala bersih.
2. Dalam periuk yang lain, jerangkan air yang dicampur pewarna merah sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan sagu biji dan kacau rata.
4. Selepas itu, masukkan pula gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukkan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
5. Kukus adunan tersebut kedalam periuk kukusan selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam periuk tetapi apabila di kukus, hasilnya lebih cantik sebab sagunya akan nampak berbiji-biji dan lebih enak lagi rasanya.
6. Apabila sudah masak, sejukkan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa, siap.
(CT masukkan dalam acuan kecil-kecil supaya senang dihidang, tak perlu dipotong-potong).

resepi 2

credit kpd : kak As

Kuih Sagu Resepi Kak As
Sumber : Izahdaut 

Bahan :
2 cawan sagu - basuh dan toskan
4 cawan air
1 cawan gula
2 sudu besar tepung jagung - bancuh bersama sedikit air
Kelapa parut + sedikit garam

Cara2 :
1. Didihkan air bersama gula, masukkan pewarna.
2. Apabila mendidih masukkan sagu
3. Kacau sehingga biji sagu menjadi jernih
4. Masukkan bancuhan tepung jagung
5. Angkat, tuangkan dlm acuan yg telah digris dgn minyak
6. Jika menggunakan loyang, alas loyang terlebih dahulu dengan plastik.
7. Setelah sejuk boleh la dipotong dan digaul dengan kelapa..

++++kak as cakap die letak tepung jagung sedikit utk kurangkan melekat :)





nie la hasil kueh sagu yg aku pagi nie

nie time nk kukus

dh siap gaul dgn kelapa :)
apee?? hodoh??
yer..mmg diakui kuih kelihatan hodoh   hahaha..aku xpandai la nk deco2 nie
tapi
sedapppp wa cakap lu..
hilang kempunan nk makan kuih sagu :)


tip utk aku masak masa akan dtg
- bile air dh mendidih, masukkan sagu dan kacau sampai agak2 likat pastu xyah tunggu sagu ilang putih pon xpe..sebab sagu nie akan ilang putih time kukus t
aku punye la lame masuk sagu nie.igt nk ilangkan putih die..takot time kukus t die xmasak....punye masak lama sampai pekat n susah nk masukkan dalam loyang sebab dh terlalu likat sampai melekat kt tepi2 periuk..urghhhhh,rugi2 an
- aku gune resepi 1 cawan sagu pastu 3/4 cwan gula....sedap2 mmg sedap tapi agak manis...lau bg aku dh ok manis2 tapi lau hidangkan kt mak mertua takot die kena kencing manis lak t..hahaaha :P
so len kali, aku guna myb 1/2 cwan gula tok 1 cawan sagu :)

status : berjaya (",)

4 comments:

  1. kalau bulan puasa mesti nak wat kuih ni ngan biah melaka :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya tengok!!! lama xmkn kuih ni..huhu

    ReplyDelete
  3. kuih favroute hana ni.. kalau jumpa kuih ni mesti beli. balik kg tok mesti buat kuih ni cucu kesayangan dia balik kan.hehe

    ReplyDelete