SICOMEL SAYA

Saturday, 26 January 2013

catatan untuk diriku

Tuesday, 22 January 2013

Kuih Sagu

resepi 1
credit kpd : Che CT

Sumber Asal : Mama Kastam MyR
Resepi di olah : Che CT


Bahan-bahan
1 gelas sagu biji kecil
3 gelas air
3/4 gelas gula pasir
Sedikit pewarna merah
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1 sudu kecil garam
1 sudu teh esen rose

Cara-cara:
1. Didihkan air dalam periuk kukus. Balut tutup pengukus dengan tuala bersih.
2. Dalam periuk yang lain, jerangkan air yang dicampur pewarna merah sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan sagu biji dan kacau rata.
4. Selepas itu, masukkan pula gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukkan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
5. Kukus adunan tersebut kedalam periuk kukusan selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam periuk tetapi apabila di kukus, hasilnya lebih cantik sebab sagunya akan nampak berbiji-biji dan lebih enak lagi rasanya.
6. Apabila sudah masak, sejukkan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa, siap.
(CT masukkan dalam acuan kecil-kecil supaya senang dihidang, tak perlu dipotong-potong).

resepi 2

credit kpd : kak As

Kuih Sagu Resepi Kak As
Sumber : Izahdaut 

Bahan :
2 cawan sagu - basuh dan toskan
4 cawan air
1 cawan gula
2 sudu besar tepung jagung - bancuh bersama sedikit air
Kelapa parut + sedikit garam

Cara2 :
1. Didihkan air bersama gula, masukkan pewarna.
2. Apabila mendidih masukkan sagu
3. Kacau sehingga biji sagu menjadi jernih
4. Masukkan bancuhan tepung jagung
5. Angkat, tuangkan dlm acuan yg telah digris dgn minyak
6. Jika menggunakan loyang, alas loyang terlebih dahulu dengan plastik.
7. Setelah sejuk boleh la dipotong dan digaul dengan kelapa..

++++kak as cakap die letak tepung jagung sedikit utk kurangkan melekat :)





nie la hasil kueh sagu yg aku pagi nie

nie time nk kukus

dh siap gaul dgn kelapa :)
apee?? hodoh??
yer..mmg diakui kuih kelihatan hodoh   hahaha..aku xpandai la nk deco2 nie
tapi
sedapppp wa cakap lu..
hilang kempunan nk makan kuih sagu :)


tip utk aku masak masa akan dtg
- bile air dh mendidih, masukkan sagu dan kacau sampai agak2 likat pastu xyah tunggu sagu ilang putih pon xpe..sebab sagu nie akan ilang putih time kukus t
aku punye la lame masuk sagu nie.igt nk ilangkan putih die..takot time kukus t die xmasak....punye masak lama sampai pekat n susah nk masukkan dalam loyang sebab dh terlalu likat sampai melekat kt tepi2 periuk..urghhhhh,rugi2 an
- aku gune resepi 1 cawan sagu pastu 3/4 cwan gula....sedap2 mmg sedap tapi agak manis...lau bg aku dh ok manis2 tapi lau hidangkan kt mak mertua takot die kena kencing manis lak t..hahaaha :P
so len kali, aku guna myb 1/2 cwan gula tok 1 cawan sagu :)

status : berjaya (",)

Saturday, 19 January 2013

carrot susu

ayah aku xabis2 soh aku wat carrot susu
aku nie name je ade diploma hotel katering
tapiiiiiiiiiiiiiiiiii
arghhhhhhh
malas nk cakap
hahahaha
hasil google 
dapat la resepi nie
credit kepada : lovely kitchen 
RESEPI JUS CARROT SUSU
4-5 orang

Bahan-bahan:
  • 4 batang carrot
  • Gula (anggaran 2 sudu besar)
  • Susu Pekat Manis (anggaran 6-8 sudu besar) / Fresh Milk
  • Air masak secukupnya 
Cara-cara
  1. Carrot di cuci dan dipotong kecil. 
  2. Blend carrot dengan air.
  3. Tapis ke dalam jug.
  4. Kemudian blend lagi carrot yang telah di tapis tadi sehingga betul2 menjadi hampas (tiada lagi air carrot) dan tapis.
  5. Masukkan gula dan susu pekat manis secukup rasa bergantung kepada kemanisan masing-masing. Kacau sehingga gula hancur. Tambah air jika terlalu pekat.
  6. Untuk menghidang, masukkan ais ke dalam cawan dan tuangkan jus carrot. Sedia untuk di minum. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE : Dapat menghasilkan lebih kurang 1.5 liter jus carrot tanpa ais.

TIPS LOVELY KITCHEN

  • Jangan blend carrot bersama dengan susu atau gula. Rugi lah susu / gula lekat pada hampas carrot kan..blend je dgn air masak dulu lepas tapis baru campurkan susu dan gula...:)

yg nie hasil aku wat ikot tip nk resepi di atas

aku gune g btg carrot
penat jugak la nk memerah air carrot nie memandangkan aku guna blander yg sedia ada kt umah nie
aku siap rendam ngn air panas g blander tu sebab nk bagi ilang la bau2 xsepatutnye
yela....blander tu slalo gune tok blend cabai + bawang
kuman2 pon ilang lau gune air panas :)





 bole tahan sedap gak ler
hak3
 naseb de adek laki aku rajin tolong....last2 die yg sambung blend sampai jadi hampas
thank bro



Tuesday, 15 January 2013

kelas semasa cuti sem


even cuti sem..still p kelas g ea
kelas ape???
kelas menjahit












Sunday, 6 January 2013

colourful durian crepe


durian crepe yg berwarna-warni
menarik bukan???
walaupon pic nie dh lame amik..tahun lepas an?? aku pon nk citer gak pengalaman 1st makan durian crepe nie..hahaha :p
tgh2 dok godek2 pic lame kt album jumpe la pic nie
so...pesalahnye aku tempek pic nie memandangkan mmg niat ak amik pic pada mulenye utk ak letak kt blog aku nie walaupon sebenarnya dh basi..hahaha (better late than never :p)

ok...seperti org lain, aku pon tertanye-tanye gak 'mende la durian crepe nie?? sedap?? pe rase die?'
ramai no aku tgk dok post kt blog/ fb sal durian crepe nie..aku lak jenis xleh tgk mende makan...mule la teringin nk makan gak..ngidam cam org mengandung,..hahha
ade la jugak aku tnye kat kgkawan kelas aku sal durian crepe nie..depa pon xtao sebab depa pon xnah cube g...
yela..dok tanjung malim nie susah cikit nk dapat makan makanan yg famous nie..hahaha. ok..xpe!hasrat tok makan durian crepe dipendam buat seketika waktu :)
tapi rezki nie kat mane pon ade an
1 satu  hari tu before p kelas aku ak singgah kafe tok beli kueh + air kotak..buat alas perut..t lapaq lam kelas..hahaha
time kat kafe tu..nampak la 2,3 budak ngn isi borang..tanpe segam silu terus tnye kakak kafe tu
kakak tu cakap..tu sape yg beli durian crepe..sape nak isi borang dulu..t tnghari baru leh amik..
hahhhhh?? durian crepe??
terus tnye classmate @ bff..ko nk x zati?? kte share..ok???
zati : ok..boleh.
time kat class mmg aku xleh fokus la..ok teringat durian crepe nie..hadoii!!
abis kelas..turun bas.terus terjah kafe..beli makanan tengahari n amik durian crepe!
mule2 dapat durian crepe nie cam pelik lak + takot lak nk makan
awat  warna  die colourful nie??selalo tgk warna kuning jew..hahaha
harga die rm10=5 ketul
so bahagi 2..dapatla sorang 2 ketul setengah..hahaah.tu yg pic kat atas tu ade yg separuh yer :p
balik bilik dgn keadaan yg xsabar sebab nk makan durian crepe..
1st time makan..wahhhh!! not bad yaaa
seketul bagi roomate..bg die rase gak..
dapatla makan seketul setengah an...
ok la tu..
pus hati dapat rase makan makanan yg famous time tu
effect makan durian crepe nie...kt kelas petang pon..bile sendawa pon bau durian..hahaah.even durian die xde la byk sgt letak lam duiran crepe tu.
sekian, cerita aku dan colourful durian crepe

++ nk try buat  durian crepe sendiri lak kt umah t..bagi makayah rase ++
In Sya Allah


♥ PETUA DAPAT ANAK ♥




nie utk kegunaan masa depan yer :)
ilmu yg sgt berguna 

jgn pikir bukan2
sumber: pen merah


sweetnye :)


Bismillah, Insya Allah Ini adalah petua bagi perempuan yang inginkan anak (mengandung), terutamanya bagi perempuan yang susah mengandung ;

A. Langkah Pertama

1. Untuk suami - ambil segenggam kurma dan buang bijinya
2. Untuk Isteri - ambil segenggam kurma dan buang bijinya
3. Kisar (blender) kurma tadi supaya menjadi jus kurma
4. Campurkan jus kurma dengan susu kambing (samada susu kambing segar atau tepung susu kambing)
5. Minum Jus kurma susu kambing tadi setiap hari


B. Langkah Kedua

Setiap Pagi (sebagai sarapan). Tak perlu makan lain-lain makanan ;

1. Minum Susu kambing (samada susu kambing segar atau tepung susu kambing)
2. Makan 7 biji kurma


C. Langkah Ketiga

Amalkan Membaca Dan Hayati Surah Maryam : Ayat 1-12. Sebaik-baiknya sebelah pagi (selepas subuh sebelum zuhur) dan petang (selepas asar/Maghrib).

Surah Maryam : Ayat 1-12


Terjemahan Ayat :

1. Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad
2. (Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (Wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.
3. (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya Dengan doa permohonan secara perlahan.
4. ia merayu Dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan Aku - Wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa Dengan doa permohonanku kepadamu.
5. dan Sesungguhnya Aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang Yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.
6. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan Jadikanlah Dia - Wahai Tuhanku seorang Yang diredhai serta disukai".
7. (Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):"Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar Yang mengembirakanmu Dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, Yang Kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun Yang senama denganNya".
8. Nabi Zakaria bertanya: "Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya Aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang Yang mandul dan Aku sendiri pula telah sampai had umur Yang setua-tuanya?"
9. Penyeru itu menjawab: demikian keadaannya - janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman; "Hal itu mudah bagiku kerana Sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang Engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun."
10. Nabi Zakaria merayu lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah satu tanda bagiku (yang menunjukkan isteriku mengandung)", Allah Taala berfirman: " Tandamu itu ialah Engkau tidak akan dapat berkata-kata Dengan orang ramai selama tiga malam, sedang Engkau Dalam keadaan sihat".
11. maka Dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: "Hendaklah kamu bertasbih (mengerjakan Ibadat kepada Allah) pagi dan petang".
12. "Wahai Yahya, Terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) Dengan bersungguh-sungguh! dan Kami berikan kepadanya hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak.


Insya Allah Akan Berhasil.

(rujukan dari AL-HIJRAH muamalat)

Friday, 4 January 2013

Setelah berjaya melepasi ijab dan qabul yang penuh kerahmatan, hendaklah disambut dengan berbanyak kesyukuran kepada Allah kerana telah mempermudahkan urusan suami dan isteri. Syukur. Semua urusan telah berjalan dengan lancar. PakarCinta ingin mengajak bakal-bakal pengantin terutamanya bakal bergelar  suami di luar sana untuk mengamalkan sunah ini. Yang baik haruslah kita amalkan. Yang tidak perlu biarkanlah sahaja diamalkan oleh orang Barat sana. Semoga mereka mendapat hidayah.

Berikut merupakah beberapa perkara yang sunat dilakukan oleh pengantin baru sejurus selepas akad nikah.

Pertama: Sujud Syukur
Untuk buat sujud syukur ni, tak diwajibkan untuk orang tu ada wudhuk. Yang penting kena suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat. Sebenarnya tiada hadith yang jelas menyatakan cara sujud syukur. Dalam kitab al-Bahr ada disebut, takbir diperlukan untuk buat sujud syukur. Jadi, mulakan dengan niat untuk buat sujud syukur, takbiratul ihram, lepas itu buat sekali sujud, duduk dan beri salam.
Semasa sujud bacalah zikir, hukumnya sunat. Antara zikir yang digalakkan tu, sama macam zikir dalam sujud tilawah. Manakala Imam Syafi’e pulak memilih untuk ucapkan zikir “Maha Suci Tuhan kami, sungguh janji Tuhan kami tetap terlaksana” dalam sujud syukur. Apapun, adalah harus untuk kita baca zikir yang biasa kita sebut dalam sujud solat biasa.
PakarCinta:  Untuk kemudahan majlis,sejurus selepas doa dibacakan oleh jurunikah, salah seorang ahli keluarga pengantin perempuan (jika dilakukan di rumah pengantin perempuan) boleh memberikan isyarat kepada pengantin lelaki untuk membuat sujud syukur dahulu sebelum meneruskan upacara pernikahan yang lain. Pengantin lelaki harus meminta izin terlebih dahulu untuk meninggalkan majlis sebentar, dahulukan kesyukuran anda kepada Allah kerana telah mempermudahkan urusan pernikahan anda.

Kedua : Solat Sunat Selepas Akad Nikah
Niat Solat Sunat Selepas Nikah

“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“

Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
  • Rakaat pertama:
  • Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
  • Rakaat kedua
  • Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
  • Membaca doa selepas salam
Boleh juga selepas salam dilakukan pula sujud syukur ataupun boleh juga selepas akad terus dilakukan sujud syukur tanpa mengerjakan solat sunat selepas akad nikah  tersebut terlebih dahulu. Ia terserah kepada individu/pasangan tersebut untuk melakukan yang mana satu.
Terdapat riwayat daripada Abu Said yang menyebutkan bahawa sahabat lain mengajarnya mengenai solat sunat nikah ini, katanya: “Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepada-Nya daripada keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua” (Riwayat Ibnu Abi Shaybah).
PakarCinta : Solat sunat selepas akad nikah boleh dilakukan bersama jika pengantin perempuan tidak uzur. Dimana pengantin lelaki boleh meminta izin ahli keluarga untuk pengantin perempuan bersembahyang sunat bersamanya terlebih dahulu sebelum meneruskan acara pernikahan yang selanjutnya. Ini kerana segerakanlah solat sunnat dua rakaat selepas nikah. Sujud dan bersyukurlah kepada Allah dan berdoalah mohon kebaikan dan kesejahteraan untuk rumahtanggamu.

Ketiga : Suami meletakkan tapak tangan di atas ubun-ubun isteri dan berdoa.

PakarCinta ingin mengingatkan bakal pengantin sekalain mengenai doa yang ‘perlu’ dibacakan sambil memegang ubun-ubun isteri mu sebaik sahaja selesai upacara akad nikah. Tidak ramai orang mengamalkan sunnah ini. Bacalah doa ini sambil menyentuh atau meletakkan tanganmu diubun-ubun  isterimu selepas akad nikah, ini disunnahkan sebagaimana yang tersebut dalam hadith:
“Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan: 
‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’  (Riwayat Abu Daud).
PakarCinta :  Cium isteri selepas akad nikah untuk membatalkan wudhu`, adakah amalan ini sunnah Nabi? Maka jawabnya bukan sunnah, ini hanyalah adab orang melayu yang diambil dari upacara kahwin orang kristian yang mencium isterinya selepas berkahwin. Jadi memandailah sekadar tangan untuk ikut adab orang melayu, melayu tetapi janganlah sehingga mencium pipi atau dahi dan seumpamanya kerana di depan orang bukanlah tempat untuk bersuka-ria atau bergurau senda jika kita ingin membatal air solat. 

Keempat : Isteri bersalaman dengan suami dan mengucapkan 2 Kalimah Syahadah.
Jangan sibuk untuk berfikir untuk mengambil gambar saja! Semasa bersalam dengan suami, ucaplah 2 kalimah syahadah. Inilah lafaz yang afdal dan paling sesuai bagi menjelaskan tuntutan iman dan Islam. Ini kerana setiap sesuatu pengakuan hendaklah didahului dengan kepercayaan, dan setiap kepercayaan pula hendaklah didahului dengan pengetahuan atau ilmu. Jika tidak, maka pengakuan dan kepercayaan itu adalah suatu pembohongan.

Amalkan kehidupan Islam sepenuhnya insyaallah rumahtangga akan mendapat berkat serta berkekalan.